Darah Gemuruh

Mempunyai masalah dalam hidup? Serabut kepala? Tekanan? Stress? Dapatkan nasihat daripada rakan-rakan SaffMuslim disini!


Moderator: protoculture

Forum rules
Assalamualaikum. Terima kasih kerana berkunjung ke ruangan Tanya Kaunselor. Bagi memastikan respons-respons yang berkualiti, reply daripada para pengguna akan disaring terlebih dahulu sebelum dipaparkan.

Harap maklum.

Re: Darah Gemuruh

Postby Izzati Safiyyah » 01 Jun 2011, 16:46

Assalamu'alaikum...

puteri_91 wrote: Anggap je kita tengah bercakap dengan kawan2 baik kita sendiri. Bukannya orang lain yang kita tak kenal.


Nak share juga la :) .. ana dri sek rendah mmg da biasa ckp dpn org ramai.. jd,alhamdulillah..naik sek men, blh kawal darah gemuruh tu. Lumrah la rasa nervous kan. Tapi, ana akan tarik nafas dlm2 dlm 5 saat. Ulang 2-3 kali. Pastu, selawat. InsyaALLAH, x gemuruh da. Mind set ana bila bcakap dihadapan, 'tak mengapa. Kau tak kenal dia. Dia takkan gelakkan kau'.
Tu ana lah. Lebih berani bercakap dgn org yg ana xknl. Maybe self-confidence tu low kot. :-?

Wallahu a'lam.
Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah.

User avatar
Izzati Safiyyah


Ahli JKK Masjid
Perak

Posts: 237
Joined: 29 May 2011, 22:57
Location: Fil Ardh...



Re: Darah Gemuruh

Postby Wan Ct Eyesyah » 02 Jun 2011, 23:38

Bismillah.. Selawat & salam buat junjungan Nabi SAW serta kaum kerabat baginda..

:salam: wbt..
Lumrah bagi seseorang jika ada darah gemuruh lebih-lebih lagi apabila berada di khalayak ramai serta perlu memberi talk/menyampaikan perbentangan.. Tetapi, ianya akan kurang sedikit demi sedikit jika kita selalu mempraktikkannya.. InsyaAllah=) Biasanya jika saya beri talk/present sesuatu saya akan anggap audiens di hadapan saya adalah patung/batang kayu & saya sedang bercakap sorang-sorang ketika itu.. Alhamdulillah, cara saya berkesan.. Memang pada mulanya ada sedikit gementar bila berhadapan dgn org ramai tetapi lama kelamaaan perasaan itu akan hilang dgn sendirinya..

Alhamdulillah, pengalaman saya memberi talk kpd students yg ambil jurusan Perubatan & Sains di salah satu kolej di Cyberjaya bersama dgn Syed Alwi Al-Attas Mac tahun lepas memberi keyakinan kpd saya untuk lebih meningkatkan lagi cara berkomunikasi bila berhadapan dgn audiens.. Saya telah memperbaiki beberapa kelemahan berucap ketika membentangkan salah satu slot mengenai 'Pengurusan Emosi & Stress' di hadapan students jurusan Genetik kem anjuran mereka bln 12 tahun lepas.. Selain itu, saya juga telah berjaya mengendalikan Kem Kepimpinan Islam anjuran PMI universiti bln 3 tahun ini & sepanjang 3 hari berprogram boleh dikatakan mikrophone tak lepas dari tgn saya lebih-lebih lagi saya diberi amanah utk memegang jawatan sebagai Ketua Fasilitator=) InsyaAllah, jika tiada aral melintang saya akan beri talk kepada adik-adik MT Pengawas Pusat Sumber sekolah yg saya sedang berpraktikal sekarang minggu hadapan..

Apapun, utk menghilangkan darah gemuruh sebenarnya atas diri kita sendiri.. Jika kita yakin utk memberikan ucapan/talk/presentation, insyaAllah masalah darah gemuruh itu akan berkurangan dari semasa ke semasa.. Yang penting, kita cuba utk melakukan sesuatu & jgn ambil peduli dgn apa yg orang sekeliling/audiens katakan.. Jadilah diri kita sendiri & bkn tiru org lain=)

Saya nak kongsi satu artikel mengenai 'Komunikasi Berkesan':-

Spoiler! :
Wanita Hebat Berkomunikasi

Perkara terpenting bagi membentuk budaya kerja yang dinamis dan harmonis adalah komunikasi. Komunikasi yang berkesan memudahkan urusan semua pihak. Pegawai eksekutif memahami arahan yang diberitahu oleh bos. Pegawai khidmat pelanggan memahami masalah dan soalan yang diajukan oleh pelanggan. Pegawai sistem maklumat memahami masalah sistem yang dilaporkan oleh kakitangannya. Pelukis pelan dapat mereka bentuk pelan dengan betul berdasarkan maklumat yang diberitahu oleh arkiteknya. Tidak kira jawatan apa yang dipegang sekalipun, dengan teknik komunikasi yang hebat dan berkesan, kerja dapat dibereskan dengan lebih mudah dan sempurna.

Pelbagai kaedah komunikasi boleh digunakan semasa berurusan di tempat kerja. Selain berkomunikasi secara lisan, tentunya kita sering menggunakan e-mail, telefon, khidmat pesanan ringkas, faks mahupun tele-conference semasa berinteraksi dengan pihak lain.

Bagi memastikan proses berinteraksi dengan pihak lain menjadi lebih berkesan, kita perlu memastikan maklumat yang diberikan jelas dan tepat. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Jangan emosi semasa bercakap. Jangan meleret-leret sehingga menyimpang daripada topik yang mahu dibincangkan.

Beri tumpuan juga pada perkara-perkara berikut supaya komunikasi dua hala yang berlaku dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak:

# Mempamerkan ekspresi wajah yang ceria
# Memberi pendapat yang bernas dan yakin.
# Menunjukkan minat mendengar.
# Menghormati pandangan orang lain.
# Tidak mencelah semasa orang lain bersuara.
# Menerima kritikan dengan tenang.
# Berterus terang semasa berkomunikasi.
# Memandang wajah semasa berinteraksi.
# Bersuara dengan jelas dan tidak gugup.
# Menyusun kata dan ayat dengan penuh sopan dan tertib.

Sumber: http://www.pts.com.my/index.php/artikel/wanita-hebat-berkomunikasi/


Wallahua'lam..
Jujur, Menerima Tanpa Syarat & Emphati ^_^

User avatar
Wan Ct Eyesyah


Saff Dewasa
Kelantan

Posts: 31
Joined: 28 May 2011, 17:17
Location: Selangor ^^



Re: Darah Gemuruh

Postby puteri_91 » 03 Jun 2011, 01:15

Bismillah..

Banyakkan baca doa sebelum kita berucap agar Allah mempermudahkan kita. Semoga lisan kita dapat difahami oleh orang. Boleh baca doa penerang hati tu.

Sblm berucap, be prepared dan betul2 jelas dengan susunan ucapan yang akan kita sampaikan tu. Jangan nanti tetibe jadi blur then semua point jadi hilang. Hehe
Ya Allah. Ikhlaskan hati kami dalam segala amalan kami.

User avatar
puteri_91


Global Moderator
Terengganu

Posts: 321
Joined: 29 May 2011, 21:43
Location: Volgograd, Russia



Re: Darah Gemuruh

Postby muhammad naim » 03 Jun 2011, 23:52

puteri_91 wrote:Bismillah..

Banyakkan baca doa sebelum kita berucap agar Allah mempermudahkan kita. Semoga lisan kita dapat difahami oleh orang. Boleh baca doa penerang hati tu.

Sblm berucap, be prepared dan betul2 jelas dengan susunan ucapan yang akan kita sampaikan tu. Jangan nanti tetibe jadi blur then semua point jadi hilang. Hehe


Idea yang bernas.. Dari segi idea macam ada pengalaman jerk. hehe, B-)
Jom Rapatkan Saff

User avatar
muhammad naim


Global Moderator
Kedah

Posts: 737
Joined: 30 May 2011, 08:07



Re: Darah Gemuruh

Postby puteri_91 » 04 Jun 2011, 03:52

muhammad naim wrote:
puteri_91 wrote:Bismillah..

Banyakkan baca doa sebelum kita berucap agar Allah mempermudahkan kita. Semoga lisan kita dapat difahami oleh orang. Boleh baca doa penerang hati tu.

Sblm berucap, be prepared dan betul2 jelas dengan susunan ucapan yang akan kita sampaikan tu. Jangan nanti tetibe jadi blur then semua point jadi hilang. Hehe


Idea yang bernas.. Dari segi idea macam ada pengalaman jerk. hehe, B-)


Hehe. Yup, memang pernah terblur masa nak bagi tazkirah dalam kelas. Padahal, just dengan adik2 junior. Tapi disebabkan nervous dan first time, so jadi blur. Kekadang terulang point yang sama.

Mungkin jugak untuk hilangkan gemuruh, kita kena buat speech kita menarik. Dengan menyelitkan sikit2 unsur jenaka. Apabila audiens seronok dan tersenyum2, maka kita pun akan jadi makin selesa untuk meneruskan ucapan. InsyaAllah, gemuruh tu akan hilang macam tu je nanti.
Ya Allah. Ikhlaskan hati kami dalam segala amalan kami.

User avatar
puteri_91


Global Moderator
Terengganu

Posts: 321
Joined: 29 May 2011, 21:43
Location: Volgograd, Russia



Re: Darah Gemuruh

Postby exora86 » 13 Jun 2011, 14:14

bismillahirrahmanirrahim..

saya nak kongsi tips untuk kurangkan darah gemuruh kerana tips ni sentiasa menjadi amalan. dahulu saya selalu juga pidato, cuma bila dah kerja speech kat depan audience dah takde.

1)amalkan semasa mandi, mulakan mandi dari bawah ke atas anggota badan.
2)sebelum mula speech or whatever,
- baca doa nabi musa dahulu
- hentakkan kaki ke lantai beberapa kali sebelum mula speech. time hentak kaki, set dlm mind kita boleh!

insyaAllah berkesan. selamat mencuba! :D
"wahai ayahku! sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku." (surah yusuf ayat 4)

User avatar
exora86


Ahli JKK Masjid
Sabah

Posts: 164
Joined: 31 May 2011, 06:40
Location: sabah di bawah bayu



Re: Darah Gemuruh

Postby puteri_91 » 13 Jun 2011, 19:13

- hentakkan kaki ke lantai beberapa kali sebelum mula speech. time hentak kaki, set dlm mind kita boleh!


Hehe. Agak menarik dan lucu. Tetibe orang nampak kita dok hentakkan kaki kat depan tu.
Ya Allah. Ikhlaskan hati kami dalam segala amalan kami.

User avatar
puteri_91


Global Moderator
Terengganu

Posts: 321
Joined: 29 May 2011, 21:43
Location: Volgograd, Russia



Re: Darah Gemuruh

Postby exora86 » 14 Jun 2011, 06:17

puteri_91 wrote:
- hentakkan kaki ke lantai beberapa kali sebelum mula speech. time hentak kaki, set dlm mind kita boleh!


Hehe. Agak menarik dan lucu. Tetibe orang nampak kita dok hentakkan kaki kat depan tu.


ahahhahaa jgn lah buat depan2 orang, dik! :D
"wahai ayahku! sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku." (surah yusuf ayat 4)

User avatar
exora86


Ahli JKK Masjid
Sabah

Posts: 164
Joined: 31 May 2011, 06:40
Location: sabah di bawah bayu



Re: Darah Gemuruh

Postby protoculture » 14 Jun 2011, 16:16

Bismillahirrahmanirrahim..

:salam:

Antara cara paling berkesan dalam perucapan awam aka 'Public Speaking' adalah 'self confident'.

Paling penting ialah persiapan kita. Tak perlu hafal sangat, tapi kena banyak latihan berkomunikasi. Lebih efektif, berlatih depan cermin & depan audiens (kawan sekuliah / serumah etc) sebagai membiasakan diri berkomunikasi depan khalayak.

Practice makes perfect. Jangan risau digelakkan kawan2 atau terima komen2 "juri tak bertauliah" tu, sebab kita boleh perbaiki mutu & kualiti pengisian isi kita & memperkemas 'body language' kita.

Wallahualam
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Darah Gemuruh

Postby Izzati Safiyyah » 14 Jun 2011, 21:42

exora86 wrote:1)amalkan semasa mandi, mulakan mandi dari bawah ke atas anggota badan.
2)sebelum mula speech or whatever,
- baca doa nabi musa dahulu
- hentakkan kaki ke lantai beberapa kali sebelum mula speech. time hentak kaki, set dlm mind kita boleh!


Yang pertama tu pernah dengar.. :)
Doa nabi musa yang mana? :ymblushing:
Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah.

User avatar
Izzati Safiyyah


Ahli JKK Masjid
Perak

Posts: 237
Joined: 29 May 2011, 22:57
Location: Fil Ardh...



PreviousNext

Return to Bimbingan & Nasihat

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron