Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

UPSR → PMR → SPM → STPM, A-Level, Matrikulasi → Pre-Degree → Degree → Post-Degree → PhD.


Moderator: protoculture

Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 01 Jun 2011, 12:47

Ruangan Komentar (UPSI)

Secara umumnya, UPSI adalah sebuah IPTA berteraskan pendidikan bagi menghasilkan generasi baru pendidik & tenaga pengajar di sekolah2 di Malaysia, institusi teknikal, Politeknik, Kolej Komuniti serta IPT milik kerajaan.

Secara akademik, keupayaan graduan UPSI mengatasi lulusan Institut Perguruan (dahulunya Maktab Perguruan) di bawah KPM. Maka, ramai guru2 lepasan Institut Perguruan setelah berkhidmat di sekolah2, akan menyambung pengajian ijazah perguruan mereka di UPSI.

Ramai lepasan UPSI kini berbakti kepada nusa & bangsa dlm dunia pendidikan, tidak kira di mana mrk berada di setiap ceruk kota & rantau pedalaman di seluruh negara ini.
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 01 Jun 2011, 12:49

Image

Universiti Malaysia Sarawak


Universiti Malaysia Sarawak merupakan salah sebuah universiti baru yang terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) merupakan universiti kelapan yang ditubuhkan di Malaysia, dan merupakan yang pertama dicetuskan di bawah Wawasan 2020. Ia ditubuhkan secara rasminya pada 24 Disember 1992. Pada 1994, UNIMAS telah berpindah ke kampus sementaranya di Kota Samarahan, Sarawak.

Kini, UNIMAS mempunyai 8 fakulti, 3 institut dan 7 pusat.

Maklumat Tambahan (dalam English):

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS) / UNIVERSITY OF MALAYSIA, SARAWAK

Universiti Malaysia Sarawak (English: University of Malaysia, Sarawak) or UNIMAS was officially incorporated on 24 December 1992. UNIMAS is the eighth University, established just after the declaration of Vision 2020.

The University took in its first students numbering 118 in 1993 with the opening of the Faculty of Social Sciences and Faculty of Resource Science and Technology. These students were temporarily located at Kolej Latihan Telekom, Simpang Tiga, Kuching until in 1994 the University moved to its East Campus in Kota Samarahan, Sarawak. The University’s East Campus at Kota Samarahan was officially launched by the Prime Minister, YAB Dato’Seri Dr. Mahathir Mohamad on Independence Day, 31 August 1993.

Over the years, the University has developed rapidly with the establishment of eight Faculties, three Institutes and seven Centres. UNIMAS is a university committed to being contemporary in character and forward looking in outlook in developing its education system. Since its inception in 1992, UNIMAS has been dedicated to educating students who are not only highly knowledgeable and skilled in their respective fields, but also well-rounded, practical, and rich in culture. Efforts to enhance the quality of teaching-learning are intensified, supported and strengthened with efforts to improve the quality of the management processes related to teaching and learning.

Quality is the basis of all products and processes at UNIMAS. Quality-assurance procedures ensure efficient course delivery and student learning. UNIMAS was awarded ISO 9001: 2000 quality certificate by SIRIM as a recognition of the high quality in the management of academic activities from the intake of new students to the award of degrees to graduates. Our strong emphasis on technology has awarded us with the prestigious Multimedia Super Corridor (MSC)Status on 17 November 2003. An award granted for our role and ability in developing manpower for MSC and related needs, through our strategic learning and training programmes. As such, the University is placing greater emphasis on the development of ICT and has successfully integrated ICT in all aspects of teaching and learning as well as administration.

West Campus Official Opening

The opening of the new West Campus by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi on April 18, 2006 was witnessed by 10,000 students,staff and members of the public. The event was also broadcast live overRTM1.

Niche Areas of Research and Development


UNIMAS commitment to research has already been recognized by the stakeholders and partners in industry by the provision of endowments for the establishment of eight research chairs; these include the Tun Zaidi Chair for Medicinal Chemistry, the Tun Openg Chair for Sago Technology,the Shell Chair for Environmental Studies, and the Sapura Chair for ICT.

Today, UNIMAS’ strength in research is being acknowledged by peers in at least three niche areas of research:

* Biotechnological research in epidemiology (dengue, JE, FMHD,malaria), biogeography (phylogenetics) and agriculture (sago);
* ICT, specifically on rural communication and image analysis; and
* Biodiversity, natural resource and environmental management.
* Image Analysis and Spatial Technologies

Award-winning Research & Projects


International Awards Received (in recent years) in Research/Innovations


* Industry Innovators Award for System Development and Applications awarded by Society for Satellite Professional International (E-Bario Project)
* E Asia Award under category Bridging Digital Divide (E-Bario Project)
* Mondialogo Engineering Award 2005 : Special Jury Recognition Award
* 34th Geneva International Invention Exposition 2006 – Special Award, Gold, Silver and Bronze
* Gold Medal for E-Bario Project - Commonwealth Association for Public Administration and Management (CAPAM), 2006, Australia

FACULTIES, CENTERS & RESEARCH INSTITUTES AT UNIMAS


- Faculty of Engineering
- Faculty of Medicine & Health Sciences
- Faculty of Cognitive Sciences & Human Development
- Faculty of Social Science
- Faculty of Resource Science & Technology
- Faculty of Applied & Creative Arts
- Faculty of Computer Sc. & Information Technology
- Faculty of Economics & Business
- Institute of Biodiversity & Environ. Conservation
- Institute of Health and Community Medicine
- Institute of East Asian Studies
- Centre for Student Development
- Centre for Graduate Studies
- Centre for Academic Information Services
- Centre for Applied Learning and Multimedia
- Centre for Technology Transfer & Consultancy

Students' Union

The UNIMAS Student Representative Council (Malay: Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS or MPP UNIMAS) is the student representative body for student sat the University Malaysia Sarawak, Malaysia. It is the ultimate legislative body among the students. A general election is held every year to elect representatives to the Student Representative Council.

Sila Layari:

http://www.unimas.my/
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 01 Jun 2011, 12:50

Image

Universiti Malaysia Sabah

Universiti Malaysia Sabah merupakan salah sebuah universiti baru yang terdapat di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditubuhkan secara rasmi pada 24 November 1994. Universiti Malaysia Sabah merupakan universiti awam yang kesembilan dan dianggap sebagai universiti yang tercantik di Asia Tenggara.

Pada permulaan penubuhan universiti ini, pelajar-pelajar UMS terpaksa menumpang di Kolej Komuniti Yayasan Sabah di Likas pada tahun 1995 dan Kolej Latihan Telekom, Menggatal pada tahun 1996. Kemudian mulai bulan Jun 1999 hingga 19 Mei 2000, UMS telah beransur-ansur berpindah ke kampus tetapnya di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah. Di samping itu, UMS juga mempunyai 2 buah kampus cawangan, masing-masing sebuah di Wilayah Persekutuan Labuan dan di Sandakan.

Pada mulanya, Kampus Tetap UMS mempunyai 9 buah sekolah (Sekolah Sains dan Teknologi, Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat, Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Sekolah Sains Sosial, Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan Sekolah Pengajian Seni) dan sebuah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa. Pada tahun 2003, jumlah sekolah meningkat kepada 10 buah dengan penubuhan Sekolah Perubatan. Kampus Perubatan Desa yang akan menempatkan para pelajar Sekolah Perubatan terletak di Sikuati, Kudat.

Pada tahun 2006, Sekolah Pertanian Lestari telah ditubuhkan, menjadikan bilangan sekolah kini bertambah kepada 11 buah. Dijangka pada tahun 2010, Sekolah Pertanian Lestari akan berpindah ke Kampus Cawangan Sandakan (Kampus Pertanian) yang terletak di Sungai Batang, Sandakan dan sedang dalam pembinaan. Kedua-dua Sekolah Perubatan dan Sekolah Pertanian Lestari pada masa ini terletak di dalam bangunan Sekolah Sains dan Teknologi. Selain itu, Kampus Tetap UMS turut memuatkan 5 buah pusat kecemerlangan penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Biologi Tropika dan Pemuliharaan, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Institut Penyelidikan Bioteknologi, Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, dan Unit Penyelidikan Etnografi.

Kampus Antarabangsa Labuan pula menempatkan dua buah sekolah, iaitu Sekolah Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan dan Sekolah Sains Informatik Labuan. Kampus ini mendapat gelaran 'Kampus Pantai' (The Beach Campus) kerana kedudukannya yang terletak berdekatan pantai dan laut.

Moto Universiti Malaysia Sabah ialah "Bertekad Cemerlang". Lagu rasmi UMS juga bertajuk "Bertekad Cemerlang"

Untuk memenuhi misinya, UMS bertekad mencapai 9 objektif iaitu:

* Mencapai kecemerlangan kesarjanaan akademik bertaraf antarabangsa dalam program berbilang bidang iaitu sains, teknologi, kejuruteraan, perniagaan, ekonomi, politik dan sains sosial.
* Meneroka, memelihara dan memanfaatkan ilmu dengan berkesan untuk pembangunan masyarakat dan negara.
* Mempertahankan kebebasan akademik dan mengekalkan kerapian intelektual di kalangan komuniti Universiti.
* Mengeluarkan graduan mengkhusus tetapi seimbang, berketrampilan, bertaqwa dan patriotik.
* Mengadakan program-program pengajian dan penyelidikan yang berkualiti serta relevan kepada masyarakat dan negara.
* Menjalinkan hubungan kerjasama di antara UMS dengan industri, kerajaan, badan-badan professional dan masyarakat.
* Memupuk dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan murni sejagat serta keterbukaan berfikir dengan penuh tanggungjawab di kalangan para sarjana, pegawai dan tenaga sokongan universiti sambil mencapai hasil kerja yang optimum dan berkualiti tinggi.
* Menyumbangkan kepada pembangunan sosial dan ekonomi yang teguh dan saksama.
* Meningkatkan martabat dan prestij universiti sebagai institusi masyarakat yang unggul, progresif dan terkemuka.

WAWASAN

Menjadi sebuah universiti berinovatif yang bertaraf dunia

MISI

Mencapai kecemerlangan ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa menerusi pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, penerbitan dan khidmat masyarakat serta untuk mencapai keseimbangan pengkhususan ilmu dan keperibadian pelajarnya untuk menghasilkan produktiviti dan kualiti yang tinggi dalam konteks persekitaran dan aspirasi pembangunan masyarakat dan Negara.

MOTO

"Bertekad Cemerlang"

Kecemerlangan dalam sebarang aktiviti akan menjadi pendorong dan sasaran utama kepada UMS. Mercu tekad ialah pencapaian yang akan diiktiraf di peringkat antarabangsa

FALSAFAH

Pendidikan yang berteraskan prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan pembinaan masyarakat terpelajar yang progresif, berdisiplin, bersepadu dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani untuk berbakti mencapai kesejahteraan masyarakat dan negara.

Sekolah Pengajian

- Sekolah Sains & Teknologi (SST)
- Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (SKTM)
- Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa (SPTA)
- Sekolah Sains Makanan & Pemakanan (SSMP)
- Sekolah Perniagaan & Ekonomi (SPE)
- Sekolah Sains Sosial (SSS)
- Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial (SPsiKS)
- Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS)
- Sekolah Pengajian Seni (SPS)
- Sekolah Perniagaan & Kewangan Antarabangsa Labuan (SPKAL)
- Sekolah Sains Informatik Labuan (SSIL)
- Sekolah Perubatan (SPU)
- Sekolah Pertanian Lestari (SPL)

Sila Layari:

http://www.ums.edu.my
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 01 Jun 2011, 12:51

Ruangan Komentar (UNIMAS & UMS)

UNIMAS akan senantiasa diingati sbg sebuat Universiti Awam yg pertama ditubuhkan di Malaysia Timur (tak termasuk UiTM yg mempunyai cawangan seluruh MY) yg berteraskan aspirasi kebudayaan unik kepulauan Borneo. UNIMAS berkembang pesat, malah dapat bersaing dgn IPTA drp Malaysia Barat, dgn kecemerlangan akademik & bbrp pencapaian dlm pelbagai bidang walaupun dalam usianya yg masih muda yg merupakan IPTA yg baru ditubuhkan pada tahun 1990an.

UMS pula, walaupun penuh kekangan drp segi infrastruktur tika awal penubuhannya, mengatasi jangkaan para perintis apabila mula melakar nama dgn pelbagai program khusus kepada pembangunan nilai insan & tenagakerja serta eco-development yang unik utk memenuhi kehendak industri di Borneo.

Kelebihan UMS & UNIMAS juga lebih unik memandangkan kakitangan & mahasiswa/siswi yang berkepelbagaian etnik & agama dari seluruh pelusuk Malaysia, terutamanya etnik2 drp Borneo.

UMS & UNIMAS menawarkan suasana kebudayaan yg lebih terbuka, hubungan antara kaum yg lebih dinamis & integrasi yg jauh lbh kukuh berbanding IPTA drp Semenanjung (melainkan UIA).

Anda mahukan kelainan dgn keunikan multi-budaya, secara uniknya benar2 mencerminkan semangat 'Malaysia Truly Asia' & berlatarkan suasana Borneo yg eksotik? Hanya UMS & UNIMAS shj adalah pilihan anda & kedua2 IPTA ini benar2 beraspirasikan konsep '1Malaysia'!
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 01 Jun 2011, 12:52

Apabila Universiti-universiti Awam utama perintis (UM / UKM / UPM / UTM / USM / UMS /UNIMAS / UiTM / UUM / UPSI / UIA-IIUM) di Malaysia tidak dapat lagi menampung pengambilan siswa-siswi yang kian meningkat saban tahun (kecuali UiTM, dengan kampus cawangan di seluruh MY), pihak Kerajaan membuat keputusan untuk menaiktaraf beberapa IPTA berstatus Kolej Universiti & institusi lain sebagai Universiti penuh.

Daripada polisi itu, kini ada 9 buah Universiti Awam (IPTA) di samping 11 Universiti Awam lainnya yang berfungsi sebagai platform memenuhi & menempatkan siswa-siwi Malaysia yang berkelayakan melanjutkan pengajian di IPTA.
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 01 Jun 2011, 12:53

Image

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ialah Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) yang ke-15 di negara Malaysia. Ditubuhkan pada 27 September 2000, universiti ini mengkhususkan dalam bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, pengurusan teknologi, teknologi maklumat, serta pendidikan teknik dan vokasional. Universiti ini mempunyai dua bahagian kampus iaitu, Kampus Induk dan juga Kampus Bandar.

Sejarah

UTHM bermula sebagai Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) pada tahun 1993. Pada tahun 1996, institusi ini telah dinaik taraf kepada Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) di bawah pentadbiran Universiti Teknologi Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai sebahagian komitmennya terhadap pengurusan yang berkualiti, KUiTTHO telah memperoleh sijil MS ISO 9001:2000 daripada SIRIM untuk pelaksanaan pengurusan akademiknya sejak akhir tahun 2001. Pada 1 Februari 2007, nama KUiTTHO telah ditukarkan kepada nama sekarang iaitu "Universiti Tun Hussein Malaysia" sempena penaiktarafan institut ini daripada kolej universiti kepada universiti.

Perubahan nama

* Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP) - 1993
* Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO)- 1996
* Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)- 2001
* Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)- 2007

Sejarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada 16 September 1993 dengan penubuhan Pusat Latihan Staf Politeknik (PLSP), yang bertujuan melahirkan dan melatih tenaga pengajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang kejuruteraan untuk sistem politeknik di negara ini. Penubuhan ini mencatatkan satu lembaran baru dalam perkembangan pendidikan negara. Pusat ini dikendalikan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui memorandum persefahaman yang telah ditandatangani bersama pada 28 Jun 1993.

Sebagai pengiktirafan kepada sebuah institusi teknologi yang cemerlang dalam mengharungi perkembangan pendidikan negara terutama keupayaan menangani isu pembangunan sumber manusia khasnya dalam bidang teknikal di negara ini membawa kepada pengisytiharan nama baru iaitu Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada 12 April 1996 oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.

Dengan kelebihan dan kejayaan melaksanakan tanggungjawab sebagai penyumbang kepada perkembangan yang berteraskan sains dan teknologi dan bertindak sebagai nadi penggerak dalam membantu merealisasikan peranan negara serta kepercayaan oleh kerajaan, maka kabinet pada 27 September 2000 telah bersetuju menaiktaraf ITTHO kepada sebuah Universiti di bawah Akta 30 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan dikenali dengan nama Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (KUiTTHO). Pengumuman bersejarah ini telah dibuat oleh YB Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia pada 30 September 2000.

Lembaran baru perjalanan menuju puncak kegemilangan institusi ini diselak lagi apabila mesyuarat Kabinet yang telah diadakan pada 20 September 2006 telah meluluskan untuk menukar nama KUiTTHO yang akan dikenali sebagai Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). 1 Februari 2007 merupakan satu tarikh keramat kepada semua warga universiti apabila Datuk Mustapa bin Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi membuat pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut. Majlis Perisytiharan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah berlangsung pada 2 Mac 2007 dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein Onn.

Falsafah Pendidikan Universiti


Pendidikan di Universiti ini adalah usaha berterusan untuk menerajui program akademik yang berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential learning) untuk menghasilkan sumber manusia terlatih dan profesional sebagai pemangkin ke arah kemajuan negara yang mampan.

Fakulti Pengajian

# Fakulti

* Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar
* Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
* Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan
* Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan
* Pendidikan Teknikal
* Sains Komputer & Teknologi Maklumat
* Sains, Sastera & Warisan

# Pusat

* Pengajian Siswazah
* Pembangunan Akademik
* Pengajian Diploma
* Pendidikan Berterusan

Sila Layari:

http://www.uthm.edu.my/
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 01 Jun 2011, 12:55

Image

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) merupakan sebuah universiti yang bertujuan melahirkan lebih ramai pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempunyai ijazah pertama. Walau bagaimanapun, universiti yang terletak di Kuala Lumpur ini terbuka kepada semua pihak.

Sejarah

Sejarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ATMA kemudian diperluaskan dengan menjadikannya sebagai UPNM yang diwartakan pada 10 November 2006.

Walaupun UPNM memulakan pengambilan kumpulan pertama pelajarnya pada sesi 2007/2008, sebenarnya ia telah mempunyai pengalaman mengendalikan program pengajian di peringkat Sarjana Muda selama 11 tahun iaitu dari tahun 1995 hingga 2006 melalui program kerjasama antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Universiti Teknologi Malaysia di mana seramai lebih kurang 1017 graduan telah dikeluarkan dalam tiga bidang yang merangkumi Kejuruteraan, Sains dan Pengurusan. Disamping memperoleh kelayakan profesional, semua graduan telah ditauliahkan sebagai Pegawai ATM dan mereka sedang berkhidmat di pelbagai unit dalam Tentera Darat, Tentera Laut DiRaja Malaysia, dan Tentera Udara DiRaja Malaysia.

UPNM telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 21 Jun 2006 bagi mengeluarkan graduan tentera dan awam untuk keperluan pertahanan negara. Perintah perbadanan UPNM telah dikeluarkan pada 6 November 2006 untuk memulakan pengajian akademik sesi 2007/2008. Bagi pengambilan siswa baru sesi 2007/2008 seramai 550 siswa melapor untuk Program Asasi Pertahanan yang terdiri 121 siswa awam dan 350 siswa tentera. Sementara itu, untuk program sarjana muda seramai 130 siswa awam dan 297 siswa Asasi Pertahanan akan mengikuti program sarjana muda di bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Pengurusan dan Pengajian Pertahanan. Bagi memulakan pengajian sesi 2007/2008 UPNM telah menubuhkan 3 buah fakulti di samping Pusat Asasi Pertahanan iaitu Fakulti Kejuruteraan Pertahanan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengurusan dan Pengajian Pertahanan.

Program akademik yang ditawarkan di fakulti adalah setanding dengan IPTA luar dan dalam negara. Program ini akan dapat menarik minat pelajar kerana ia menyediakan kurikulum yang merangkumi bidang sains dan teknologi pertahanan yang berbentuk hands on. Pengetahuan yang diperolehi boleh diaplikasi kepada aset pertahanan negara seperti kapal tentera laut, pesawat udara dan peralatan ketenteraan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Di samping itu, ia dapat diaplikasikan dalam sektor perindustrian yang berteraskan sains dan teknologi terkini.

Visi

Menjadi Universiti Pertahanan primier untuk pendidikan, latihan dan penciptaan ilmu.

Falsafah

Sebagai sebuah institusi nasional primier berdedikasi dalam menghasilkan pemimpin berintelektual yang menyerlah serta bersifat terpuji dan komited untuk berbakti sepenuhnya kepada negara dalam menjayakan kelangsungan kepentingan strategik negara.

Misi

UPNM komited mencapai kecemerlangan perkhidmatan kepada negara sebagai sebuah universiti pertahanan primier dalam kepimpinan dan pembangunan profesional, penciptaan ilmu, penyebaran ilmu pengetahuan dan aplikasi sains pertahanan dan teknologi, dan juga penyelidikan polisi.

Objektif

* Menyediakan asas pengetahuan yang kukuh dan seimbang dalam bidang Kemanusiaan, Pengurusan, Sains dan Teknologi, serta menerap daya usaha intelektual melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan usaha kesarjanaan yang bertaraf antarabangsa.
* Menanam semangat kesetiaan dan patriotisme yang tinggi untuk berbakti kepada Negara dengan berbekalkan ilmu, kemahiran serta kecekapan asas ketenteraan.
* Membangunkan warga yang mempunyai tanggungjawab sosial dengan berteraskan kepada unsur-unsur kerohanian, etika budaya dan moral yang terpuji.
* Membentuk pemimpin masa depan yang memahami, menghayati, dan mempunyai sikap toleransi terhadap kepelbagaian etnik, budaya dan agama.
* Membekalkan pemimpin masa depan dengan kebolehan berkomunikasi,
* Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Teknologi Pertahanan, Ekonomi dan Diplomasi, Hal Ehwal Ketenteraan serta Pengajian Keselamatan.

Moto

KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI
(Duty, Honour, Integrity)

Fakulti & Pusat Pengajian

# Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan
# Fakulti Kejuruteraan
# Fakulti Sains & Teknologi Pertahanan
# Pusat Pengajian Siswazah
# Pusat Pengajian Umum & Bahasa
# Pusat Asasi Pertahanan
# Pusat Penyelidikan & Teknologi Pertahanan
# Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa
# Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan
# Fakulti Pengajian Aeroangkasa

Sila Layari:

http://www.upnm.edu.my/
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 01 Jun 2011, 12:58

Image

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merupakan IPTA serta universiti teknikal pertama di Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia. Universiti ini teleh diberi penjenamaan baru apabila kerajaan bersetuju untuk menaik taraf Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) kepada universiti. Maka pada tanggal 1 Februari 2007 tercatatlah sejarah kelahiran Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

UTeM merupakan universiti yang memfokuskan kepada dua bidang iaitu kejuruteraan dan teknologi maklumat. Para pelajar akan diperkuatkan dengan kemahiran secara praktikal "hands-on" untuk membantu para pelajar untuk berdaya saing apabila di alam industri. Kini terdapat tiga kampus UTeM iaitu Kampus Industri, Kampus Bandar dan Kampus Utama. Kampus Industri terletak di Ayer Keroh (tapak lama KUTKM) manakala Kampus Utama terletak di Durian Tunggal, Melaka.

KAMPUS

Terletak di negeri Melaka yang diiktiraf sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO di dalam tanah berkeluasan 766 ekar yang lengkap dengan semua kemudahan dan dikelilingi kehijauan alam sekitar.

AKADEMIK

Sebagi sebuah Universiti Berfokus UTeM, memfokuskan kepada bidang kejuruteraan, ICT dan pengurusan teknologi. UTeM sentiasa mengekalkan reputasinya sebagai penjana modal insan yang mempunyai kepakaran meluas dalam bidang teknikal untuk keprluan sektor industry berteknologi tinggi. Bidang penyelidikan di UTeM juga memberi penekanan kepada bidang yang dikenalpasti mampu meningkatkan kredibiliti unik UTeM dan mampu meningkatkan reputasi UTeM sebagai sebuah university teknikal seperti teknologi hijau, kejuruteraan sistem, interaksi manusia-teknologi, dan dan teknologi termaju.

UTeM menerima kemasukan pelajar bukan sahaja dari dalam Negara malah pelajar antaranbangsa. Pelajar-pelajar antarabangsa di UTeM termasuklah dari Indonesia, Arab Saudi, Chad, Syria, Pakistan, Cameroon, Bangladesh, Tanzania dan India.

USAHA KOLABORASI UNIVERSITI-INDUSTRI

UTeM sentiasa berusaha mempergiatkan usaha berkolaborasi dan berkerjasama dengan industry.
Untuk menjadi sebuah institusi tersohor bagi bidang teknikal yang menghasilkan ahli professional yang menepati kehendak pasaran juga standing dengan keperluan teknologi masa depan.

* Pusat Pembuatan Termaju
Ditubuhkan bagi meningkatkan teknologi tinggi dan kemudahan teknologi pembuatan berketepatan tinggi dengan tujuan untuk kerjasama dalam R&D, kerjasama dalam pembuatan dan latihan memasuki alam pekerjaan.

* Panel Penasihat Industri (PPI)
Sebuah panel yang mengumpulkan peneraju bidang industry, PPI ialah kesinambungan kepada industry sesuai dengan objektif penubuhan UTeM untuk memaksimumkan hubungan university dan industri.

* Kampus Berkonsepkan Industri
Pembangunan UTeM masa kini menekankan penubuhan pusat latihan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang sama dengan industry masa kini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar.

KECEMERLANGAN DALAM PENYELIDIKAN DAN INOVASI

UTeM telah mengenalpasti Bidang Tujah kritikal yang paling penting untuk memacu kecemerlangan university. UTeM telah memilih Teknologi Pembuatan Termaju sebagai bidang tujah yang memerlukan komitmen padu daripada sebuah fakulti mengikut bidang-bidang tertentu iaitu:-

* Teknologi Hijau
* Kejuruteraan Sistem
* Interaksi Manusia-Teknologi
* Teknologi Termaju

Bidang-bidang tujah ini mempunyai pelbagai variasi yang merangkumi kekuatan fakulti sedia ada, pusat penyelidikan, institute dan makmal di dalam university.

FAKULTI

# Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer
# Fakulti Kejuruteraan Elektrik
# Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
# Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
# Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi
# Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawan
# Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan

Sila Layari:

http://www.utem.edu.my/
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 01 Jun 2011, 13:00

Image

Universiti Sains Islam Malaysia

Universiti Sains Islam Malaysia (Inggeris:Islamic Science University of Malaysia; dahulu dikenali: Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia.

KUIM merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia. Di antara tujuan penubuhan KUIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.

Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan enrolmen pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk membina ketrampilan, kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di kalangan pelajar.

Fakulti

Kini USIM mempunyai 8 buah fakulti iaitu:

* Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS)
* Fakulti Kepimpinan & Pengurusan (FKP)
* Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU)
* Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM)
* Fakulti Sains & Teknologi (FST)
* Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
* Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
* Fakulti Pergigian (FPg)


Selain itu, USIM juga memberikan tumpuan utama kepada pengajian peringkat siswazah. Adalah dirancangkan 40 peratus daripada enrolmen pelajarnya ialah calon-calon pascasiswazah. Ini bermakna selain daripada tanggungjawab mendidik, USIM juga menjadi institusi penyelidikan yang utama sebagai teras pengukuhan bidang pengajiannya.

* USIM adalah sebuah IPTA yang unik, menawarkan program pengajian (double major) dalam pelbagai bidang
* USIM adalah satu-satunya IPTA yang menawarkan semua program pengajiannya berteraskan pendidikan Islam (usaha pengembalian zaman kegemilangan ilmuan Islam).
* Program pengajiannya diolah untuk melahirkan graduan yang memenuhi keperluan pelbagai industri, luas ilmu dan pengetahuan, menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris, serta mantap dengan ciri-ciri kemahiran insaniah.
* Tenaga pengajar USIM menggabungkan tenaga pengajar tempatan dan antarabangsa, yang mempunyai kelayakan dan pengalaman luas, pakar dan terkenal dalam bidang masing-masing.

Dalam merealisasikan misi dan wawasan untuk menjadikan USIM sebagai sebuah Universiti terkehadapan yang memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan dunia sejagat selaras dengan moto Universiti “Berilmu, Berdisiplin dan Bertakwa”, dengan izin Allah S.W.T maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji untuk memenuhi hak-hak pelanggan seperti berikut:


KEPADA PELAJAR

* Memberi pendidikan bertaraf global, sepadu antara teori dan amali dalam diri setiap mahasiswa yang dikeluarkan; dan
* Menyediakan prasarana pendidikan dan sistem pengurusan yang terbaik berdasarkan piawaian-piawaian yang ditetapkan.

KEPADA STAF

* Menyediakan calon pelajar yang berkualiti;
* Menyediakan kemudahan persekitaran terbaik berasaskan teknologi terkini untuk melicinkan proses kerja yang kondusif kepada kerja produktif; dan
* Menyediakan struktur insentif dan peluang latihan yang positif kepada perkembangan kerjaya kakitangan.

KEPADA NEGARA

* Membekalkan bakal tenaga kerja yang berkualiti, kukuh dengan penghayatan nilai-nilai Islam untuk memenuhi keperluan masyarakat, negara dan dunia sejagat.

Sila Layari:

http://www.usim.edu.my/
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



Re: Institut Pengajian Tinggi (Awam & Swasta)

Postby protoculture » 01 Jun 2011, 13:45

Image

Universiti Malaysia Pahang

Universiti Malaysia Pahang (Inggeris: University of Malaysia Pahang) (UMP) merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Dahulunya universiti ini dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia(KUKTEM).

Sejarah

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Hasil daripada usaha gigih beliau, Jemaah Menteri pada 26 Jun 2001 telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah Universiti Teknikal Awam yang berasaskan kemahiran di Pahang dan dinamakan sebagai KUKTEM. KUKTEM adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-16 yang diwartakan pada 16 Februari 2002 dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Atas arahan Kementerian Pendidikan, kampus UTM-KCP telah diambil alih dan dijadikan kampus sementara KUKTEM pada 1 Mei 2002 dan memulakan Sesi Akademik 2002/2003 dengan mengambil seramai 307 orang pelajar pada 30 Mei 2002.

Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang pada 24 April 2003. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 m² dan terletak di lokasi strategik yang berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Pahang.

Setelah lima tahun beroperasi, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkuatkuasa mulai 1 Februari 2007. Dengan pertukaran ini, nama KUKTEM kini dikenali sebagai UMP. Walaupun telah bertukar nama, bidang fokus utama universiti dan program pengajian serta enrolmen tidak berubah mengikut matlamat tujuan penubuhannya iaitu mencapai 10,000 hingga 15,000 orang pelajar. UMP turut mengekalkan bidang-bidang yang difokuskan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia .

Fakulti

1. Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
2. Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian
3. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
4. Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli
5. Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam
6. Fakulti Kejuruteraan Pembuatan & Pengurusan Teknologi
7. Fakulti Sains dan Teknologi Industri

Pusat Kecemerlangan

1. Pusat Pengajian Bahasa Moden & Sains Manusia
2. Pusat Pengurusan Teknologi

Kemudahan

Terdapat kemudahan-kemudahan yang disediakan di UMP termasuk:

* Bilik asrama

o Bilik asrama di UMP dikenali sebagai Kolej Kediaman. Secara terkini, bilik asrama di UMP dibahagikan kepada 5:

+ Kolej Kediaman Pelajar 1(KK 1) - Bilik asrama untuk mahasiswa lelaki. Mengandungi 6 blok, setiap blok mempunyai 5 tingkat, 12 bilik, 2 bilik belajar, dan bilik air. 4 pelajar diperuntukkan untuk setiap bilik. Untuk blok C9 , dua tingkat atas di khas kepada pelajar antarabangsa yang belajar di UMP. Bermula tahun 2009, sebanyak 4 blok telah dijadikan blok wanita. iaitu blok C12 sehingga blok C15.

+ Kolej Kediaman Pelajar 2(KK 2) - Kompleks bilik asrama baru yang kelihatan seperti rumah teres. Kompleks bilik asrama ini diberi nama Kompleks Kediaman Gambang Perdana. Setiap rumah memiliki 4 bilik dan boleh dimuatkan sama ada 7 atau 8 orang pelajar. Ia hanya diperuntukkan untuk pelajar lelaki sahaja. Bagi blok B sehingga blok L, pelajar tahun 1 di tempatkan disini manakala selebihnya untuk pelajar tahun 2 dan ke atas.

+ Kolej Kediaman Pelajar 3(KK 3) - Bilik asrama untuk mahasiswa perempuan. Semua mahasiswa perempuan dari tahun 1 hingga tahun akhir ditempatkan di KK 3 Mengandungi 8 blok, setiap blok mempunyai 5 tingkat, 12 bilik, 2 bilik belajar, dan bilik air. 4 pelajar diperuntukkan untuk setiap bilik.

+ Kolej Kediaman Pelajar 4(KK 4) - Bilik asrama untuk mahasiswa lelaki. Mengandungi 4 blok, setiap blok mempunyai 3 tingkat. Terletak di kawasan luar UMP di seberang jalan depan pejabat Canseleri. Bermula pada sesi 2010/2011, sebahagian blok di kediaman ini dibahagikan kepada asrama perempuan

+ Kolej Kediaman Pelajar 5 (KK 5) - Telah siap sepenuhnya pada sesi kemasukkan 2010/2011. Terdapat 3 blok iaitu Blok A, Blok B dan Blok C. Blok A adalah asrama untuk perempuan manakala dua blok lagi adalah untuk pelajar lelaki. Keutamaan untuk pelajar duduk disini adalah untuk pelajar tahun akhir dan sedikit pelajar tahun 3. Terdiri daripada 4 aras, setiap aras mengandungi 8 unit kediaman yang masing masing memiliki 4 bilik. Setiap bilik hanya terhad kepada 2 orang sahaja. Setiap bilik disediakan 2 port internet dan pihak kolej kediaman memberi pinjaman kabel internet untuk digunakan oleh pelajar.

* Kemudahan Internet

o KUKTEM merupakan universiti pertama di Asia Pasifik yang mempunyai sambungan akses Internet kepada pelajar[perlu rujukan]. Hampir semua kawasan di kampus Gambang mempunyai kemudahan Wi-Fi, untuk pelajar dan kakitangan. Tambahan pula, di sini mempunyai pelabuhan LAN kepada pelajar mengakses Internet melalui kabel LAN di lokasi yang strategik seperti perpustakaan. Selain itu, setiap asrama kini dilengkapi dengan kemudahan LAN. Sebanyak satu port LAN disediakan untuk setiap bilik di KK 1 dan KK 3 manakala dua port untuk setiap rumah bagi KK 2.
o ISP utama Malaysia (Internet Service Provider), TMNET, juga memberikan perkhidmatan sambungan akses Internet (mengikut caj bulanan) secara berseorangan yang mahukan sambungan Internet yang lebih efisen di kampus. Ia dikenali sebagai TMNET Hotspot, yang menawarkan sambungan akses Internet berkelajuan tinggi di kawasan tertentu di kampus yang mengenakan caj RM19.00 sebulan.

* Perpustakaan
* Dewan Kuliah/Bilik
* Makmal (mengikut keperluan fakulti)
* Makmal mempunyai kelengkapan baru
* Kafeteria
* Koperasi
* Mesin Juruwang Automatik (ATM) - daripada Bank Islam, Maybank, Bank Muammalat dan CIMB
* Mesin Deposit Tunai (CDM) - (hanya terdapat di kampus Gambang, CIMB)
* Kemudahan Sukan - padang, gim, gelanggang bola keranjang, gelanggang tenis dan lain-lain.
* Masjid
* Bilik TV untuk setiap Kolej Kediaman.

Kampus Tetap

Lokasi kampus tetap UMP terletak kira-kira empat kilometer dari Kuala Pahang, 7 kilometer dari Bandar Pekan dan 40 kilometer dari Bandar Kuantan. Kedudukannya yang bersebelahan dengan Lagenda Golf Country Club merupakan lokasi yang sesuai dalam suasana santai di pesisir pantai.

Cadangan pembangunannya di atas tanah yang berkeluasan 745 ekar dilakukan secara dua fasa. Kampus tetap UMP dijangka siap pada tahun 2012.

Pada sesi pembelajaran 2009/2010, dua fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik telah memulakan pembelajarannya di kampus tetap ini pada minggu ketiga semester. Pembangunan bagi asrama dan bangunan yang lain masih didalam perancangan dan pembangunan. Kolej kediaman pelajar telah siap pada sesi kemasukkan 2010/2011 dan menempatkan hampir kesemua pelajar tahun akhir dan sedikit pelajar tahun 3 daripada dua fakulti iaitu mekanikal serta elektrik dan elektronik. Kolej kediaman ini berkapasiti sebanyak 648 orang pelajar. Pembinaan bagi asrama untuk 1400 orang pelajar giat dijalankan selain daripada bangunan bangunana lain seperti bangunan fakulti pembuatan, fakulti sains komputer, perpustakaan dan bangunan pentadbiran lain.

Sila Layari:

http://www.ump.edu.my/
Image

Allah is Great
!

User avatar
protoculture


Mod
Kuala-Lumpur

Posts: 439
Joined: 01 Jun 2011, 11:37



PreviousNext

Return to Akademik & Pengajian

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron